Monday, December 22, 2008

Realiti kehidupan

Dalam hidup ini terlalu banyak rintangan yang kita lalui..ia seringkali mencabar dan hampir memusnahkan hidup tanpa kita sedari..kita sering lupa pada diri kerana hanyut di dunia ciptaan sendiri..manusia lebih suka mengikut kemahuan dan kehendak diri tanpa menghiraukan persekitaran dan kesannya..terlalu indah bila berada di dunia ciptaan sendiri..segala keinginan dan kemahuan diperoleh dengan mudah tanpa rintangan..keasyikkan itu terus mengheret dan membawa kita ke suatu tempat yang indah..membuatkan kita hanyut dan terus tenggelam..terlalu bahagia saat itu..tetapi kebahagiaan itu hanya singgah sekejap cuma..ia pergi tanpa dipinta..kerana tanpa kita sedari sebenarnya kita telah mencipta suatu kebahagiaan yang akan menghancurkan hidup kita..inilah sikap dan realiti kehidupan masa kini, manusia lebih suka memilih jalan hidup yang sempit daripada jalan yang luas...